Kenyataan Media Labuan FSA Berkenaan Insiden Siber
Kenyataan Media Labuan FSA Berkenaan Insiden Siber
Labuan, 18 Mei 2023 – Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) telah mengalami insiden siber yang menjejaskan sistem dalam taliannya pada Khamis, 27 April 2023.

Labuan FSA telah mengambil beberapa langkah segera bagi melindungi sistem daripada akses tanpa kebenaran, memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, dan mendapatkan perkhidmatan Mandiant, pakar keselamatan siber pihak ketiga yang berwibawa untuk bekerjasama dengan pasukan ICT serta vendor (sistem aplikasi) bagi menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap keselamatan data yang berpunca dari insiden tersebut.

Pada ketika ini, Labuan FSA sedang memastikan kesan insiden tersebut terhadap sistem aplikasinya. Sebagai langkah keselamatan, operasi yang terjejas telah dikendalikan secara luar talian untuk sementara waktu bagi mengelakkan pendedahan kepada lain–lain risiko, sementara operasi diteruskan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan tanpa gangguan.

Proses pengurusan insiden ini akan mengambil masa dan Labuan FSA memohon maaf atas gangguan perkhidmatannya. Maklumat terkini mengenai situasi ini akan disampaikan kepada pihak berkepentingan dari semasa ke semasa.

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan
18 Mei 2023


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
 
Unit Komunikasi Korporat & Perhubungan Luar
Tel +603-8873 2000 Faks: +603-8873 2209
E-mel: [email protected]
Laman web: www.labuanfsa.gov.my
Copyright © Labuan FSA 
Ooops!
Generic Popup